Sunday, August 8, 2010

“Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.. Para Mu’min Merindui Kedatanganmu”



Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu ‘anhuma, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata: “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya: “Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata: ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi: ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke Syurga dan katakanlah amin!’, maka kukatakan: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi: ‘Celaka seseorang yang jika disebut namamu namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’, maka kukatakan: ‘Amin’.” (Riwayat Imam Al-Bukhari).

Thursday, January 7, 2010

اللهم انصر اخواننا السلمين في غزة وفي كل مكان

Sabda Nabi SAW:
Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji. (Al-Hafiz Abu Naim)

Sedarlah wahai saudara-saudaraku sekalian... kita kini di akhir zaman! Janganlah kita lalai, musuh sentiasa mengambil kesempatan di atas kelalaian kita. Ayuh kita Bersatu! Semoga perjuangan kita diberkati Allah!


Hadis Pilihan

Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Nabi s.a.w berihram Umrah manakala para sahabat berihram Haji. Nabi s.a.w tidak bertahallul begitu juga dengan sahabat-sahabat yang membawa binatang korban sedangkan sahabat-sahabat yang lain bertahallul. Oleh kerana Talhah bin Ubaidullah adalah termasuk dari kalangan sahabat yang membawa binatang korban maka dia juga tidak bertahalul.

Marilah kita bersatu di bawah Islam! Buat yang terbaik untuk agama bangsa dan tanah air!